? ??????????????Dark Tree? ????? ?? ???Rating: 4.3 (23 Ratings)??1439 Grabs Today. 25523 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Future Stars Will Be Dim? ????? ?? ???Rating: 4.8 (8 Ratings)??1389 Grabs Today. 9616 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, April 7, 2010

Rumah Terbuka Perdana Menteri

1Malaysia terserlah pada rumah terbuka PM dan kabinet l 21 Sept 2009

Daripada menu hinggalah pengunjung pelbagai kaum, semangat 1Malaysia terserlah di kalangan rakyat Malaysia dan pelancong asing pada majlis rumah terbuka anjuran Datuk Seri Najib Tun Razak buat pertama kalinya sebagai perdana menteri.

Ribuan orang berpusu-pusu ke Sri Perdana, kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya, untuk mengunjungi rumah terbuka itu yang bermula 11 pagi.

Najib, yang lengkap berpakaian baju Melayu merah jambu dan isteri beliau Datin Rosmah Mansor serta para menteri Kabinet beramah-mesra dengan para tetamu dan pengunjung.

Para duta dan diplomat asing serta tokoh korporat termasuk adik Najib, Datuk Seri Nazir yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, turut hadir memeriahkan majlis rumah terbuka itu.

Pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dijamu dengan pelbagai juadah termasuk makanan kegemaran ramai seperti satay selain ketupat, lemang, thosai dengan kari dhal dan kuetiau goreng.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan konsert artis tempatan.

Terdahulu, Perdana Menteri dan Rosmah menghadiri santapan pagi bersama-sama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah di Istana Negara sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara.

Selepas solat, Najib, Rosmah dan anak perempuan mereka turut menziarahi makam ayahanda beliau di Makam Pahlawan yang terletak dalam kawasan Masjid Negara.

Bercakap kepada pemberita, Perdana Menteri melahirkan kegembiraannya melihat ramai yang datang mengunjungi rumah terbuka itu walaupun diadakan di Putrajaya, dan hadirin terdiri daripada kelompok masyarakat yang berbeza agama, kaum dan latar belakang.

“Saya mengadakan rumah terbuka kali ini di Sri Perdana kerana ia adalah rumah rakyat, dan pada hari ini bagi yang berkunjung ke sini dapat berkenalan dengan ahli kabinet lain, selain dapat bersalaman dengan saya,” katanya.

Najib menyifatkan rumah terbuka sebagai tradisi ulung bagi mengeratkan perpaduan dan mewujudkan keharmonian di kalangan rakyat jelata.

“Konsep rumah terbuka adalah intipati konsep 1Malaysia, dan apabila mengadakan majlis rumah terbuka, minda kita terbuka dan menjadi lebih luas, dan secara ikhlas hati kita terbuka untuk menjemput sesiapa yang mengunjungi kediaman kita, tidak kira bangsa dan agama”, kata beliau.


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut hadir di Sri Perdana berkata rumah terbuka adalah satu tradisi mulia yang harus dipraktikkan oleh masyarakat Malaysia kerana ia adalah satu amalan yang dapat menyatupadukan rakyat berbilang kaum.



Sumber : Utusan Malaysia

Lagu 1 Malaysia

Gunalah Pengangkutan Awam

KUALA LUMPUR 31 Mac - Kerajaan hari ini melahirkan komitmennya untuk menyediakan sistem pengangkutan awam yang mampu memenuhi keperluan rakyat dalam usaha menjadikannya sebagai pilihan utama masyarakat khususnya penduduk ibu kota.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pada masa sama pihak kerajaan juga akan berusaha mengubah cara pemikiran rakyat serta persepsi bahawa pengangkutan awam hanya untuk golongan berpendapatan rendah atau golongan bawahan.Beliau yakin dengan tumpuan yang diberikan kepada dua perkara tersebut, ia mampu membantu kerajaan mencapai sasaran jumlah pengguna pengangkutan awam daripada 16 peratus ketika ini kepada 25 peratus menjelang 2012."Hakikatnya usaha ke arah menjayakan peningkatan penggunaan pengangkutan awam ini menuntut anjakan minda secara ketara di kalangan pengguna. Paling utama keperluan mengubah persepsi bahawa pengangkutan awam hanya untuk golongan berpendapatan rendah."Saya kadang-kadang tersenyum sendiri mengenangkan ada pihak yang tidak bermasalah untuk menggunakan pengangkutan awam bila berada di luar negara tetapi apabila berada di negara sendiri tidak sanggup menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) atau bas kerana menganggap ia kurang glamor,'' katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Tren4-Gerabak 1Malaysia RapidKL untuk laluan Kelana Jaya di Depot Rapid KL di sini hari ini.Turut hadir Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, Pengerusi Prasarana Negara Berhad, Tan Sri Izzuddin Dali dan Pengarah Urusan, Kumpulan Prasarana Negara Berhad, Datuk Idrose Mohamed.Najib berkata, antara kaedah berkesan untuk mengubah persepsi tersebut adalah melalui kenyataan serta sebaran umum secara berkala supaya rakyat sedar bahawa pengangkutan awam adalah pilihan terbaik.Sehubungan itu, kata beliau, kerajaan akan memberi fokus kepada empat bidang utama di dalam sektor pengangkutan awam di negara ini agar kepercayaan masyarakat terhadap kemudahan tersebut meningkat."Pertama, meningkatkan kebolehpercayaan dengan memberi fokus kepada ketepatan masa; kedua, meningkatkan kualiti perjalanan pengangkutan awam; ketiga, memastikan rakyat mendapat akses mudah pengangkutan awam.''Keempat, menyediakan kapasiti pengangkutan mencukupi bagi memenuhi keperluan penumpang sedia ada dan penumpang baru,'' katanya.Dalam sidang akhbar kemudiannya, beliau berkata, pertimbangan untuk membina atau memanjangkan laluan perkhidmatan LRT baru adalah mengikut keutamaan.Beliau berkata, kerajaan tidak mampu melakukan pembinaan laluan LRT di semua tempat secara serentak walaupun ada permintaan kerana setiap laluan baru membabitkan kos yang tinggi."Oleh itu, kita kena pilih kawasan mana yang perlu didahulukan. Tapi kita boleh pertimbangkan,'' katanya.Ditanya sama ada kerajaan bercadang memulihkan semula projek LRT di Putrajaya, Najib berkata: "Kita tengok dahulu. Belum ada keputusan.''Berhubung rungutan orang ramai bahawa perkhidmatan bas RapidKL tidak memuaskan terutama daripada segi ketepatan masa, Najib berkata, perkhidmatan ini akan terus dipertingkatkan dengan penambahan sebanyak 450 buah bas lagi.''Banyak lagi bas telah ditempah dan akan diperoleh secara berperingkat dan ini akan dilaksanakan demi kepuasan pengguna," katanya.Terdahulu, Najib diiringi Tee Keat menaiki LRT dari stesen LRT Bangsar ke depot berkenaan pada pukul 3.25 petang dan sampai kira-kira 20 minit kemudian.''Saya telah sampai dengan selamat dan merasai satu pengalaman manis,'' katanya dalam ucapan pelancaran.Ketika dalam tren, Perdana Menteri turut meninjau segala kemudahan dan ciri-ciri keselamatan yang terdapat dalam tren itu.Tren4-Gerabak 1Malaysia RapidKL ini adalah versi terbaru tanpa pemandu Bombardier Transportation Advance Rapid Transit Mark II yang direka di Kanada dan dipasang di Mexico serta sebahagiannya di Malaysia.Selain gerabak berganda, ciri-ciri tambahan yang terdapat pada gerabak ini adalah ruang khas untuk penumpang berkerusi roda yang dilengkapi tali pinggang keselamatan.Terdapat juga lampu amaran di pintu untuk golongan kurang upaya pendengaran serta tingkap kecemasan.Tren tersebut juga adalah mesra bagi pengguna kurang upaya.Tren LRT 1Malaysia ini adalah interpretasi Kumpulan Prasarana dalam merealisasi sokongan terhadap gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri.Ia turut memaparkan ilustrasi petugas RapidKL daripada pelbagai peringkat dan kaum
SUMBER: utusan Malaysia

Friday, April 2, 2010

Bagaimana Hendak Memikat Guru?

1. Perkara yang paling penting untuk anda amalkan mulai hari ini ialah, apabila guru anda mula mengajar, berhenti daripada melakukan perkara lain. Bila saya kata berhenti, maksudnya berhenti semua sekali aktiviti yang boleh mengganggu konsentrasi anda semasa belajar. Berhenti daripada mencari pen atau pensil, berhenti mencari buku, berhenti mengalihkan kedudukan meja, berhenti bercakap dengan kawan di sebelah, berhenti membetulkan kedudukan rambut anda, berhenti makan gula-gula dan sebagainya. Pendek kata, 100% perhatian anda mesti diberikan kepada guru anda.

Kesan utama amalan ini ialah anda tidak akan terlepas apa-apa penerangan daripada guru anda. Selalunya, 5 hingga 10 minit pertama dalam sesi pembelajaran adalah yang paling penting. Ini kerana, jika anda terlepas penerangan awal, anda akan terus tidak faham hingga ke akhirnya. Sama seperti apabila anda menonton tayangan gambar, apa akan jadi jika anda terlepas permulaan cerita itu? Adakah anda akan faham cerita itu?

2. Memberikan tumpuan tidak bermakna anda hanya duduk diam tidak bersuara. Anda boleh bertanya jika anda kurang faham. Angkat tangan dan tanya dengan sopan tentang apa yanganda tidak faham. Seorang guru yang baik akan menjawab soalan anda dengan sopan juga dan bantu anda untuk memahami apa yang sedang diajarkan.

3. Beri tumpuan dengan cara duduk yang betul. Bayangkan bagaimana cara seorang yang malas duduk belajar. Tentu dia kelihatan tidak selesa bergerak ke sana ke sini dan menyandar di kerusi seperti sedang letih dan mengantuk bukan? Jika guru melihat anda duduk dengan cara ini semasa belajar, guru akan rasa ada tidak berminat dan tidak menumpukan perhatian kepada apa yang diajarkan. Jadi, jangan duduk begini. Bayangkan cara duduk seorang pelajar cemerlang. Mereka selalu duduk dengan selesa, tegak dan tubuh mereka ke depan sedikit (tidak menyandar). Bayangkan.

Hanya dengan mengubah cara anda duduk sebenarnya sudah boleh memikat hati guru anda kerana anda kelihatan benar-benar mahu belajar. Adapelajar yang bertanya saya mengapa guru tidak suka mengajar pelajar yang tidak pandai? Sebabnya bukan kerana pelajar itu susuah diajar tetapi ada kemungkinan pelajar itu tidak menunjukkan rasa minat dan tidak menunjukkan yang dia menumpukan perhatian kepada apa yang diajarkan. Selamat mencuba.

sumber: osman affan

Wednesday, March 31, 2010

Logo Halal Di Malaysia


Latar Belakang Kempen Kempen 1 Malaysia 1 Halal merupakan sebuah inisiatif terkini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau lebih sinonim sebagai JAKIM bagi meningkatkan kesedaran dan keprihatinan para pengguna terhadap sijil dan logo halal Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM dan/ atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sahaja yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Kempen ini akan dilancarkan pada hari Maulidur Rasul 2010 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Kedah, Timbalan Yang Di-Pertuan Agong di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Kempen ini bakal disusuli di setiap negeri di Malaysia dan dijangka akan diadakan di pusat membeli belah.
SUMBER INTERNET:KEMPEN 1 MALAYSIA 1 HALAL

Monday, March 29, 2010

Cerita Lawak!

Pertama Kali Dibedah
Seorang pesakit yang akan dibedah terbaring di katil bilik bedah dengan muka yang pucat. Seorang doktor bedah muda masuk sambil menyapa pesakit tersebut dengan ramah."Awak kelihatan takut sekali, jangan bimbang, semuanya akan berjalan dengan baik dan lancar, jadi tabahkan hati mu...""Bagaimana tidak takut doktor, seumur hidup, inilah kali pertama saya dibedah.""Sama-sama, saya juga kali pertama buat pembedahan, saya sama sekali tidak merasa takut..."

Menteri Melawat Rumah Sakit Jiwa
Seorang menteri terhormat mengunjungi sebuah rumah sakit jiwa."Bagaimana keadaan kamu?" menteri tersebut bertanya pada pesakit. "Senangkah kamu semua dengan segala apa yang ada disini?""Senang tuan!" para pesakit itu bersorak serentak."Apakah kelakuan kamu baik disini?""Baik tuan," ujar seorang pesakit. "Kerana kami berkelakuan baik, pengarah rumah sakit ini membina sebuah kolam renang untuk kami, lengkap dengan papan anjal. Secara bergiliran kami diizinkan menggunakan papan anjal itu. Kalau kelakuan kami semakin baik, pengarah berjanji akan mengisi kolam renang itu dengan air bulan depan...."

Rasa Nak Muntah
Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya."Kenapa nie nek. Pening ya," tanya pemuda tersebut."Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah," jawab nenek."Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar."Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,"Boleh nek, tapi kenapa?"Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”

Menantu Hantu
Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua. Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap. Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya. Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".

Kisah Buang Bayi
Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun. Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya. Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je. Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...? Pak Majid:Hmmmmmmm... Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya...Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya. Pak Majid: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu.. Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid! Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu! Pak Abu: HEHEHEHEHE....

Menantu Yang Luarbiasa
Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya. Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah. Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..." Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...

Pembohong
Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...
Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang."Kamu dari mana?" tanya Samad."Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya."Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan..."."Cerita apa?"Cerita Papadom ayah".*PLANG*"Katakan dengan jujur cerita apa?!""Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".Mendengarkan itu marahlah Samad."Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.Suasana hening untuk beberapa ketika...Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."*PLANG*Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...dan semua terdiam...

Sumber:Arman

Petua Cantik

Nak tahu petua bagi menambahkankecantikan diri anda wahai kaum wanita.Cuba lihat panduan di bawah ini :Petua menjadi lebih cantik dan menarik :-• Jadikanlah Ghadhdul Bashar(menundukkan pandangan) sebagai “hiasanmata” anda, nescaya akan semakin beningdan jernih.• Oleskan “lipstik kejujuran” padabibir anda, nescaya akan semakin manis.• Gunakanlah “pemerah pipi” anda dengankosmetik yang terbuat dari rasa maluyang dibuat dari salon Iman.• Pakailah “sabun Istighfar” yangmenghilangkan semua dosa dan kesalahanyang anda lakukan.• Rawatlah rambut anda dengan“Selendang Islami” yang akanmenghilangkan kelemumur pandangan lelakiyang merbahayakan.• Hiasilah kedua tangan anda dengangelang Tawadhu’ dan jari-jari andadengan cincin Ukhuwwah.• Sebaik-baiknya kalung anda adalahkalung “kesucian”.• Bedakilah wajah anda dengan “airWudhu” nescaya akan bercahaya di akhirat.
Di mana cantiknya seorang muslimah?
Mungkin pada sepasang matanya yanghening yang selalu menjeling tajam atauyang kadang kala malu-malu memberikankerlingan manja. Boleh jadi padabibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkansenyuman manis, atau yang sekali-sekalamemberikan kucupan mesra di dahi umijuga, ayah, suami dan pipi munggilanak-anak.Atau mungkin juga pada hilai tawanyayang gemersik dan suara manjanya yangboleh melembut sekaligus melembutkanperasaan. Sejuta perkataan belum cukupuntuk menceritakan kecantikan perempuan.Sejuta malah berjuta-juta kali gandaperkataan pun masih belum cukup untukmendefinisikan tentang keindahan perempuan.
Kaum wanita harus menyatakan kesyukurankehadrat Ilahi kerana menjadikan danmemberikan keindahan-keindahan itu.Namun, betapa pun dijaga, dipelihara,dibelai dan ditatap dihadapancermin saban waktu, tiba masanyasegalanya akan pergi jua. Wajah akansuram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamahusia, sifat kewanitaan yang dipupukdengan iman dan ibadah.
Moga-moga ianya menjadi panduan daniktibar kepada semua muslimat .InsyaAllah

Sunday, March 28, 2010

Datuk Seri Najib

Impian sepanjang hayat Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak, ialah satu Malaysia yang bersatu padu, aman dan makmur, dengan peluang yang bukan sedikit untuk semua rakyat.
Sebagai putera kepada Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Allahyarham Tun Abd Razak, Najib dilahirkan di tengah-tengah gelanggang politik. Najib membesar dengan memerhatikan bapanya serta memahami kehendak politik arus perdana. Beliau sentiasa mengerti bahawa bila sampai waktunya beliau juga mahu berbakti kepada masyarakat dan negara. Namun pemergian bapanya pada ketika yang tidak dijangka, 14 Januari 1976, ketika menjejaki usia 54 tahun, telah menyorongkan Najib ke hadapan sehingga menjadi tumpuan utama. Lima minggu selepas pemergian bapanya, pada usia 22 tahun, Najib telah terpilih untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen Pekan, menjadikan beliau Ahli Parlimen yang paling muda dalam sejarah Malaysia. Pada 2004, beliau telah menyandang jawatan kedua tertinggi dalam negara sebagai Timbalan Perdana Menteri, 47 tahun setelah bapanya dilantik ke jawatan yang sama.
Dato' Sri Mohd Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang. Beliau telah mendapat pendidikan di St. John’s Institution, Kuala Lumpur dan Malvern Boy’s College, Worcestershire, England sebelum menamatkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang Ekonomi Perindustrian daripada Nottingham University. Sekembalinya ke Malaysia pada 1974, beliau telah menyertai dunia korporat bila berkhidmat untuk satu waktu yang singkat dengan Bank Negara, kemudiannya beralih ke PETRONAS (perbadanan petroleum negara) sebagai Pengurus Hal Ehwal Awam. Namun pemergian Tun Abd Razak secara tiba-tiba itu telah merobah corak kehidupan beliau secara dramatik.
Najib pantas menyesuaikan dirinya dengan kehidupan umum sebagai Ahli Parlimen, dan kemudiannya mendapati kemahiran berpolitik itu begitu serasi dengan dirinya. Tidak lama kemudian, Najib yang masih muda belia telah memperlihatkan bahawa beliau ialah seorang ahli politik yang boleh dipercayai dan berkebolehan serta berhak dipanggil pemimpin atas keupayaan dirinya sendiri. Pada tahun pertamanya sebagai Ahli Parlimen, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga Telekomunikasi dan Pos, dan kemudiannya menjawat jawatan Timbalan Menteri Pelajaran dan selepas itu Timbalan Menteri Kewangan. Pada 1982, Perdana Menteri yang baru, Dr. Mahathir Mohamad telah mencalonkan Dato’ Sri Mohd Najib untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Pekan. Berikutan dengan kejayaannya, Najib yang berusia 29 tahun ketika itu dilantik menjadi Menteri Besar Pahang, negeri terbesar di Semenanjung Malaysia. Pahang pada ketika itu hampir-hampir terjebak dalam satu krisis politik disebabkan oleh perbezaan yang serius antara bekas Menteri Besar dan Sultan Pahang. Tetapi Najib bukan sahaja sebutir bintang yang sedang bergemerlapan, beliau juga ialah salah seorang daripada Pembesar Berempat Istana Pahang (kerana mewarisi gelaran turun temurun sebagai Orang Kaya Indera Shahbandar). Dengan yang demikian diterima dengan tangan terbuka oleh pihak Istana. Krisis yang melanda itu dengan cepat dapat diredakan, memastikan perpaduan dalam UMNO Pahang. Selanjutnya Najib memulakan langkah untuk mengukuhkan pendidikan di dalam negeri.
Pada 1992 Najib telah memainkan peranan utama dalam penubuhan Yayasan Pahang, sebuah yayasan yang membaktikan kepada penggalakan pendidikan dan sukan di kalangan belia Pahang melalui biasiswa dan pembiayaan. Najib telah memperkukuh perusahaan negeri untuk memaksimumkan pendapatan daripada sumber kekayaan semula jadi negeri Pahang. Dengan kerjasama FELDA, Perbadanan Pembangunan Tanah Persekutuan, beliau telah merintis jalan kepada pembentukan skim penempatan tanah baru, memberikan peluang-peluang pendapatan baru kepada mereka yang tidak mempunyai tanah dan berada dalam kelompok yang berpendapatan rendah.
Dato Sri Mohd Najib mula menyandang jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO pada 1982, dan naik sebagai ketua pergerakan tersebut pada 1987. Pada 1988, setelah satu pergolakan menguasai parti, satu UMNO baru yang telah disusun semula diwujudkan dan Najib telah dilantik sebagai Ketua Pemuda, jawatan yang disandang beliau sehingga 1993.
Dalam pilihan raya 1986, Najib dikembalikan sebagai Ahli Parlimen kawasan Pekan, dan dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Sebaik sahaja dilantik beliau terus memberikan tumpuan kepada penggalakan sukan dan memperkenalkan Dasar Sukan Negara pada 1988. Pada 1989, Malaysia telah mencapai kejayaan yang terbaik pernah dicapainya di Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA), yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun itu.
Pada 1991, Dato’ Sri Najib telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Najib telah mencergaskan semula sebuah Kementerian yang dilihat sebagai tidak bermaya dan lembap. Beliau telah memodenkan Angkatan Tentera Malaysia melalui peningkatan keupayaan, pemerolehan dan latihan strategik. Pada 1995, Dato’ Sri Najib mengalami perubahan dalam portfolio kabinet, yang mana beliau telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Beliau telah mengambil cabaran untuk menyambut aspirasi Malaysia yang baru sahaja diumumkan ketika itu, untuk menjadi sebuah negara maju yang sepenuhnya pada tahun 2020. Sepanjang tempoh lima tahun perkhidmatannya, Najib telah mewujudkan mekanisme yang dapat membolehkan generasi rakyat Malaysia menghadapi cabaran masa mendatang. Beliau telah menstrukturkan semula Kementerian ini, memperbadankan universiti dan institusi awam, serta menggalakkan kerjasama dengan universiti dan institusi luar negara. Langkah ini telah memberikan lebih banyak peluang pendidikan kepada rakyat Malaysia dan meletakkan Malaysia sebagai satu hab pembelajaran serantau. Dato' Sri Najib juga telah meningkatkan sijil perguruan kepada status diploma, supaya guru-guru dalam kategori tersebut dapat menerima gaji permulaan bulanan yang lebih tinggi.
Pada 1999, berikutan pergolakan politik pada tahun sebelumnya, Najib memenangi pemilihan semula kerusi Parlimen Pekan. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan buat kali keduanya dan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memodenkan Angkatan Tentera Malaysia. Apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2004, Dato’ Sri Najib telah diserahkan dengan portfolio tanggungjawab yang banyak dan besar, termasuk mengawasi FELDA, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Beliau mempengerusikan 28 Jawatankuasa Kabinet yang membincangkan pelbagai isu.
Dato’ Sri Najib telah berkahwin dengan YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor, dan bapa kepada lima orang anak.
Pada 3hb April 2009, Dato; Sri Mohd Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, dalam satu proses peralihan kuasa yang lancar oleh YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.

sumber: web perdana menteri

Saturday, March 27, 2010

Assalamualaikum..
Jom,jom,jom,jom..kita heboh,heboh..ha! anda semua pernah dengar lagu ini?
Mesti pernah kan! semalam dan hari ini, Jom Heboh telah datang ke Kelantan. Banyak gerai-gerai dibuka dan artis-artis yang datang ke jom heboh..antaranya..Fizo Omar,Erry Putra,Tam,Kamal Adli,Iqram Dinzly,dan ramai lagi.. saya sebenarnya sedih sebab tidak dapat pergi..sebab banyak projek yang perlu diselesaikan..tapi saya berhajat hendak ke Jom Heboh selepas pereksa Spm nanti..baru gempak dan puas..okeylah..sudah larut malam ni..jumpa lagi okey!Wassalam.

Saturday, March 20, 2010

Super Junior Datang Ke Malaysia!








Assalmulaikum..

Pada hari ini, kita akan digegarkan oleh satu konsert yang akan dipersembahkan oleh kumpulan dari Korea iaitu Super Junior. Sebenarnya,saya juga ingin pergi ke konsert tersebut,tetapi apakan daya,tempat yang hendak dibuat konsert itu terlalu jauh..tetapi,saya tetap menyokong mereka dari belakang (macam GF la pula!) Kalau saya diberi kesempatan ke sana,saya ingin sangat bertemu dengan Kibum,Siwon,Heecul,Sungmin, dan Reowook..tidak lupa juga kepada ahli-ahli yang lain. Saya nak minta autograf,bergambar bersama,menjadi kawan(kalau boleh nak yang istimewa!) dan banyak lagi la! Saya harap mereka berjaya dan dapat menghiburkan kami rakyat Malaysia..Semoga Berjaya Kawan!!

Wednesday, March 17, 2010

Indahnya Di Majlis Kesyukuran Dan Maulud!

Assalamualaikum,
Saya masih ingat lagi tentang majlis kesyukuran dan maulud yang diadakan di perkarangan rumah saya. Pada hari itu, saya berasa gembira kerana ramai tetamu yang akan datang ke rumah saya.Sehari sebelum majlis diadakan,saya telah menjemput rakan sekelas saya untuk membantu saya menjayakan majlis tersebut,mereka ialah Jue,C-tah,dan Farah. Pada hari itu juga,saya telah didatangi sepupu saya dari kajang Selangor,nama dia ialah Liyana. Pada malam itu,kami telah ditugaskan oleh mama saya untuk menggorengkan ayam. Ayam tersebut akan dijadikan ayam pedas untuk hidangan pada majlis tersebut.Semasa saya dan rakan bermesra,mama saya telah mengajak saya ke KB Mall untuk membeli sepasang baju untuk dipakai pada hari esok. Baju tersebut cantik sangat!. Pada keesokan paginya, abah saya telah dibantu oleh saudara-mara dan jiran terdekat untuk menyembelih 2 ekor lembu untuk dibuat gulai.Alhamdulillah,semuanya berjalan dengan lancar. Pada majis tersebut,ramai tetamu yang datang,dan sebahagiannya terdiri daripada warga SMK Berangan iaitu En Abd Rahman,En.Mazlan,En.Alias,En Wan Khairuddin,En.Hamdan,dan Pn.Zan Zulniza sekeluarga. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang sempat datang ke majlis saya.Sampai kita berjumpa lagi. Wassalam.

Thursday, March 4, 2010

I made this widget at MyFlashFetish.com.


lagu tema negara kita

MAKNA LOGO SATU MALAYSIA

Melambangkan visi negara iaitu untukmewujudkan satu masyarakat yangberpadu dan mempunyai semangatcintakan negara berpandukanPerlembagaan Negara danRukun Negara.Mencerminkan rakyat Malaysia yangsaling bekerjasama, bermuafakat,berdikari, berfikir dan menghayatisatu visi untuk membinasatu Negara Bangsa.

RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Pelaksanaan pelbagai program, yang lebih adil dan saksama terhadap semua etnik, selaras dengan konsep 'Satu Malaysia' mampu menyatukan pelbagai kaum di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Beliau berkata pelaksanaan konsep itu akan dilakukan secara teratur dan sistematik bagi memastikan tidak ada kaum-kaum di negara ini yang terpinggir daripada sebarang pembangunan.Katanya konsep 'Satu Malaysia' ditunjangi oleh dua prinsip utama iaitu sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain dan keyakinan antara satu sama lain."Apabila kita sudah menghormati antara satu sama lain bererti kita sudah mempunyai sikap terbuka untuk menghayati konsep perpaduan dalam kepelbagaian.


ADAKAH GAGASAN SATU MALAYSIA BERJAYA?

Dalam perutusan pertamanya sebagai Perdana Menteri ke 6, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak seluruh rakyat melaksanakan transformasi besar-besaran atas semangat " Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan"Sebagai rakyat, sejauh mana kita memahami konsep 'Satu Malaysia' ini dan bagaimana kita dapat bersama-sama berganding bahu menjayakannya.


SUMBER DARI MEDIA MASSA

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL rencana@utusan.com.my GAGASAN Satu Malaysia diharap mampu menyatupadukan rakyat pelbagai kaum dan agama dalam merealisasikan usaha negara memperkukuhkan jati diri kenegaraan dan melahirkan bangsa Malaysia yang berjaya. BAGAIKAN satu kebetulan, Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri ketika sentimen dan gelombang politik negara yang sama turut menguji ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein. Tun Razak menjadi Perdana Menteri pada September 1970 ketika negara masih dibayangi peristiwa 13 Mei 1969. Sentimen perkauman yang diapi-apikan oleh segelintir MASYARAKAT memang banyak disokong oleh sistem perkauman.



GAGASAN SATU MALAYSIA

Ulasan Datuk Hasan Ahmad, mantan Ketua Pengarah DBP tentang gagasan 1 Malaysia sangat menarik sewaktu memberikan pandangan dalam Dialog DBP Bersama Ilmuwan dan Karyawan Sastera:“Perpaduan bangsa tidak boleh dijelmakan melalui slogan. Malah PM sendiri mengakui bahawa gagasan 1 Malaysia tersebut bukanlah suatu yang baharu. Pemimpin harus sedar, usaha-usaha memupuk perpaduan bangsa ini sudah bermula sejak tuntutan kemerdekaan tanah air lagi malah lebih berkesan diaplikasikan melalui dasar-dasar kebangsaan yang diperkenalkan sejak dahulu itu seperti Dasar Bahasa, Dasar Pelajaran Kebangsaan 1956, Dasar Budaya Kebangsaan 1971 dan juga Dasar Ekonomi Baharu.”Prof. Madya Dr. Hashim Ismail turut menambah bahawa budaya mencipta slogan dalam kalangan pemimpin kita seakan-seakan menjadi trend setiap kali pemimpin baharu memegang tampuk pemerintahan. Lebih ironi lagi apabila mereka melontar lebih dahulu slogan kemudian barulah tercari-cari akan definasinya.

PERJELASAN SATU MALAYSIA
Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara 1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’


MAKNA LOGO SATU MALAYSIA

Melambangkan visi negara iaitu untukmewujudkan satu masyarakat yangberpadu dan mempunyai semangatcintakan negara berpandukanPerlembagaan Negara danRukun Negara.Mencerminkan rakyat Malaysia yangsaling bekerjasama, bermuafakat,berdikari, berfikir dan menghayatisatu visi untuk membinasatu Negara Bangsa.

RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Pelaksanaan pelbagai program, yang lebih adil dan saksama terhadap semua etnik, selaras dengan konsep 'Satu Malaysia' mampu menyatukan pelbagai kaum di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Beliau berkata pelaksanaan konsep itu akan dilakukan secara teratur dan sistematik bagi memastikan tidak ada kaum-kaum di negara ini yang terpinggir daripada sebarang pembangunan.Katanya konsep 'Satu Malaysia' ditunjangi oleh dua prinsip utama iaitu sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain dan keyakinan antara satu sama lain."Apabila kita sudah menghormati antara satu sama lain bererti kita sudah mempunyai sikap terbuka untuk menghayati konsep perpaduan dalam kepelbagaian.


ADAKAH GAGASAN SATU MALAYSIA BERJAYA?

Dalam perutusan pertamanya sebagai Perdana Menteri ke 6, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak seluruh rakyat melaksanakan transformasi besar-besaran atas semangat " Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan"Sebagai rakyat, sejauh mana kita memahami konsep 'Satu Malaysia' ini dan bagaimana kita dapat bersama-sama berganding bahu menjayakannya.

SUMBER DARI MEDIA MASSA

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL rencana@utusan.com.my GAGASAN Satu Malaysia diharap mampu menyatupadukan rakyat pelbagai kaum dan agama dalam merealisasikan usaha negara memperkukuhkan jati diri kenegaraan dan melahirkan bangsa Malaysia yang berjaya. BAGAIKAN satu kebetulan, Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri ketika sentimen dan gelombang politik negara yang sama turut menguji ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein. Tun Razak menjadi Perdana Menteri pada September 1970 ketika negara masih dibayangi peristiwa 13 Mei 1969. Sentimen perkauman yang diapi-apikan oleh segelintir MASYARAKAT memang banyak disokong oleh sistem perkauman.



GAGASAN SATU MALAYSIA

Ulasan Datuk Hasan Ahmad, mantan Ketua Pengarah DBP tentang gagasan 1 Malaysia sangat menarik sewaktu memberikan pandangan dalam Dialog DBP Bersama Ilmuwan dan Karyawan Sastera:“Perpaduan bangsa tidak boleh dijelmakan melalui slogan. Malah PM sendiri mengakui bahawa gagasan 1 Malaysia tersebut bukanlah suatu yang baharu. Pemimpin harus sedar, usaha-usaha memupuk perpaduan bangsa ini sudah bermula sejak tuntutan kemerdekaan tanah air lagi malah lebih berkesan diaplikasikan melalui dasar-dasar kebangsaan yang diperkenalkan sejak dahulu itu seperti Dasar Bahasa, Dasar Pelajaran Kebangsaan 1956, Dasar Budaya Kebangsaan 1971 dan juga Dasar Ekonomi Baharu.”Prof. Madya Dr. Hashim Ismail turut menambah bahawa budaya mencipta slogan dalam kalangan pemimpin kita seakan-seakan menjadi trend setiap kali pemimpin baharu memegang tampuk pemerintahan. Lebih ironi lagi apabila mereka melontar lebih dahulu slogan kemudian barulah tercari-cari akan definasinya.

PERJELASAN SATU MALAYSIA
Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara 1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’

Wednesday, March 3, 2010


SEMANGAT HIJRAH MENEPATI KONSEP 1 MALAYSIA
Najib (kedua dari kanan) melancarkan Logo 1 MalaysiaPUTRAJAYA, Dis 17-Dato' Seri Najib Razak berkata semangat hijrah yang diamalkan dalam Islam sangat bertepatan dengan Gagasan 1 Malaysia yang merupakan kesinambungan prakarsa ke arah memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat.Perdana menteri berkata gagasan yang berteraskan kepada nilai murni yang berpaksikan prinsip keadilan sosial dan prinsip penerimaan sentiasa mnedahulukan kepentingan rakyat dan negara demi kemakmuran bersama.Dalam perutusan Maal Hijrah 1431, beliau berkata cabaran paling besar yang dihadapi sepanjang 52 tahun penubuhan Malaysia ialah membentuk perpaduan rakyat, tetapi ironinya ialah, perpaduan boleh dipupuk melebihi sempadan politik demi kepentingan negara."Kekayaan ini tidak datang bergolek sebaliknya memerlukan semangat hijrah yang tinggi, kesetiaan dan ketabahan. Kita telah melaksanakan agenda penghijrahan dalam bidang ekonomi dengan melakukan penghijrahan ekonomi berasaskan pertaanian kepada perindustrian"."Sekarang, kita melaksanakan pula hijrah ke bentuk model ekonomi baru berasaskan inovasi, kreativiti dan nilai tambah tinggi. Ini semua bagi menjayakan transformasi ekonomi ke arah memacu Malaysia sebagai sebuah negara berpenapatan tinggi secara holistik dan mapan, mengutamakan bidang inovasi dan kekal relevan dalam persaingan ekonomi global," katanya.Najib berkata masyarakat negara ini harus berhijrah untuk sentiasa beprestasi lebih baik tanpa mengira peranan sama ada mereka pemimpin, kerajaan ataupun rakyat."Kita perlu mengurus kekayaan dan membina kekuatan ummah engan membajai dan menyuburkan kerukunan yang telah dipupuk selama ini"."Ingatlah lipatan sejarah yang sarat dengan catatan kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai, sehingga Malaysia kini muncul antara negara membangun paling maju, dinamik dan progresif," katanya.Perdana menteri berkata, formula yang mendasari kekayaan ini adalah faktor perpaduan antara rakyat berbilang kaum an kepercayaan yang berteraskan kepaa konsep "wasatiyah" dengan menerima kemajmukan yang wujub sebagai sumber kekuatan."Natijahnya, walau apa pun definisi hijrah menurut perspektif kita, yang penting kita tidak boleh berkovensi dengan kejayaan lampau tanpa berusaha mencipta kejayaan dan merintis inovasi baru," katanya.Menurut Najib, semua kejayaan itu boleh digapai melalui penghijrahan nilai tambah kepaa lebih berinovasi tinggi dan daripada perpaduan sesama kepada perpauan Satu Ummah.Perdana menteri berkata bertepatan dengan tema Maal Hijrah pada tahun ini iaitu Memantapkan Ukhuwah, Memperkasa Ummah, sebuah nagara yang maju dan progresif memerlukan ummah yang berpotensi dan sahsiah siri yang utuh an mapan.Najib berkata konsep persaudaraan dan perpaduan yang diutuhi oleh Rasulullah pada permulaan hijrah adalah secara holistik tanpa mengira warna kulit, keturunan atau kedudukan."Masyarakat di Madinah waktu itu terdiri daripada pelabagai kaum dan agama, hidup penuh aman dan harmoni, berasaskan Perlembagaan Madinah yang mengutamakan perpaduan dan mempertahankan Islam sebagai agama, keadilan sosial kepada semua dan melindungi kaum minoriti serta memberi kebebesan mengamalkan agama kepada kaum bukan beragama Islam di bawah pemerintahan Negara Madinah," katanya.

Tuesday, March 2, 2010

Klinik 1 Malaysia

Saya kagum dengan idea Perdana Menteri kita yang prihatin tentang rakyatnya...hal ini kerana, beliau telah menubuhkan satu klinik yang digelar sebagai Klinik 1 Malaysia...dengan klinik ini,golongan yang tidak berkemampuan juga akan mendapat rawatan dengan hanya membayar beberapa ringgit sahaja...saya berharap beliau sentiasa memberikan yang terbaik kepada rakyat terutamanya golongan yang miskin dan yang memerlukan bantuan...

Monday, March 1, 2010

Pada minggu lepas, Cikgu Azni mengadakan satu pertandingan slaid tentang Biologi..kami dibahagi kepada 7 kumpulan..rakan-rakan yang sekumpulan dengan saya ialah Rafidah,Ummi,Aifaa dan Atikah..kami diberi masa selama seminggu untuk menyiapkan slaid tentang pencemaran bunyi..saya ditugaskan untuk membuat slaid,ummi pula mencari maklumat..saya berasa amat gembira kerana slaid kami menjadi dan menarik..hal ini kerana kami telah dibantu oleh Cik Mastura..dia mengajar dan memberi idea untuk menghasilkan slaid yang menarik dan lain dari yang lain.Saya berharap,kumpulan kami menjadi juara dalam pertandingan ini..sebelum berpisah,disini saya melampirkan slaid saya..semoga terhibur!!

Sunday, February 28, 2010

Susahnya Pereksa!

Apa khabar semua..semoga anda sihat sentiasa...
pada minggu ini, saya akan menduduki peperiksaan pengesanan satu,dan hari ini merupakan peperiksaan saya yang pertama.hari ini saya menjawab soalan daripada subjek sejarah dan Bahasa Melayu.memang susah sangat!!yang paling susah sekali sejarah. Saya sebenarnya rasa nak marah sebab semua yang saya baca tidak masuk dalam peperiksaan.contohnya saya membaca Tamadun Indus,Mesopotamia dan Mesir Purba..tapi yang keluar hanyalah Tamadun Hwang Ho..kalau nak diikutkan hati,rasa nak hantuk-hantuk saja kepala dekat dinding..kalau bahasa melayu pula,saya tidak boleh buat karangan..sebabnya saya tidak ada idea..nasib baik kertas 1 saya dapat menjawab semua..legalah juga..hai apa nak jadilah nasib saya.lagipun ini bukannya kerana saya malas membaca,tetapi rezeki tidak berpihak pada saya..walaupun keputusan membuatkan saya lemas,tapi saya redha, sebab saya sudah berusaha bersungguh-sungguh.saya harap pada peperiksaan bahasa inggeris esok, saya dapat melakukannya yang terbaik..doakan saya ya!wassalam.

Monday, February 15, 2010

BOYS OVER FLOWER




Assalamualaikum...






Anda pernah tengok drama Boys Over Flower? Hebatkan cerita tu! saya memang minat sangat dengan Gu Jun Pyo yang dibintangi oleh Lee Min Ho..hensem pulak tu! sebenarnya saya sedih sebab tidak dapat tengok cerita tu!! sebab di rumah saya tidak ada 8TV dan Astro..tapi dengan usaha dan yakin, saya dapat juga tengok cerita tu dengan melayari drama online..(nasib baik ada internet,kalau tidak..). cerita ni sebenarnya sepupu saya yang kenalkan, semasa saya bercuti di Selangor.mula-mula saya tengok cerita ni,saya berasa seronok dan dapat menenangkan jiwa disebalik ceritanya yang menarik dan pelakonnya yang sememangnya hensem dan comel..macam Lee Min Ho..hehe...sekarang ceritanya sudah habis. Saya harap agar cerita ini dapat ditayangkan semula..(insyaAllah) Wassalam!

Saturday, February 6, 2010

Makmal Komputer Sekolahku.



Assalamualaikum...

Bersua lagi kita dalam catatan yang baru.hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda(asyik berkongsi jer) tentang makmal komputer di sekolah saya.guru yang mengendalikan makmal ini ialah seorang wanita yang bernama Cik Mastura Bt Nik Mustapa..dia seorang yang baik dan memang hebat dalam selok-belok berkomputer..(namanya guru makmal komputer,mestilah pandai kan!). Baiklah, dalam makmal komputer ini, terdapat 17 buah komputer(wow!banyaknya). pada setiap tahun, Cik Mastura akan membuat pertandingan dan kursus yang berkenaan dengan komputer..antara kursus yang telah dibuat pada tahun lepas ialah kursus membuat blog,kursus asas komputer dan sebagainya..pada tahun ini, Cik Mastura telah membuat satu pertandingan iaitu pertandingan mereka dan menulis blog yang bertemakan 1 Malaysia! pertandingan ini memang disokong oleh Perdana Menteri kita kerana dengan membuat pertandingan ini,para pelajar akan didedahkan tentang konsep 1 Malaysia..selain itu, mereka dapat mengeratkan perpaduan antara kaum..kerana 1 Malaysia merangkumi ciri-ciri budaya,bangsa dan sebagainya..sampai di sini sahaja coretan buat kali ini..sehingga berjumpa lagi!wassalam..

Apa Itu 1 Malaysia??


Hai...
Anda pernah dengar perkataan 1 Malaysia?Bagi saya 1 Malaysia merupakan satu hasrat yang ditubuhkan oleh perdana menteri iaitu Datuk Seri Najib B Tun Abd Razak untuk menyatukan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Saya bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia dan menjadi rakyat Malaysia,kerana Malaysia merupakan 1 negara yang mempunyai pelbagai bangsa yang tidak pernah ada di negara lain..selain itu,negara kita terletak di luar lingkaran api pasifik dan ia juga merupakan salah satu keistimewaan yang ada di Malaysia kerana kita terhindar daripada letusan gunung berapi,gempa bumi dan ribut taufan!!
Berbalik kepada persoalan kita, slogan 1 malaysia sekarang semakin rancak diperkenalkan sehinggakan banyak sekolah meraikan dan menyokong hasrat perdana menteri kita itu..selain di sekolah,terdapat banyak universiti,dan kolej yang menyokong slogan tersebut!! saya berharap agar kita sama-sama menjayakan hasrat 1 Malaysia bagi mengukuhkan perpaduan antara kaum dan dapat mempamerkan negara kita sebagai negara yang hidup aman dan harmoni...wassalam

Friday, February 5, 2010

Ke Bukit Gambang WaterPark!!


Assalamualaikum..

Ha!hari ini,saya nak berkongsi tentang pengalaman saya semasa saya dan keluarga bercuti di Gambang WaterPark!!mungkin rakan-rakan pernah pergikan??baiklah,pada hari pertama, kami sangat gembira kerana kami dapat bercuti dengan menaiki kereta baru kami iaitu 'Innova'...selepas sampai,abah saya telah menyewa satu kondominium untuk kami bermalam selama 3 hari 2 malam!!setelah kami menunaikan solat Asar,kami telah dibawa oleh abah untuk meronda-ronda di sekitar Bukit Gambang..saya sangat gembira kerana banyak aktiviti yang disediakan disini seperti menaiki kereta kuda,menunggang kuda,melawan paintball,jalan lasak,karoke,dan banyak lagi..datanglah ke bukit gambang sebab memang seronok sangat.
pada keesokan harinya, kami telah bersiap sedia untuk bersarapan di Gambang Buffet!!makanan di sana memang enak dan menyelerakan. pada pagi itu, saya bersarapan dengan roti bakar dan nasi ayam pedas...setelah selesai,kami telah memanjakan diri di Gambang WaterPark!!seronok sangat..saya bersama abah dan 3 lagi adik bermain air di kawasan dewasa yang merupakan tempat yang paling seronok..kenapa seronok?..sebab kawasan itulah yang paling tinggi dan mengerikan..kami telah meluncur di dalam terowong yang dibina sangat tinggi!!selepas kami puas,kami pun pulang ke kondominium..pada malam itu, kami telah menikmati makan malam di Gambang Buffet..
pada hari yang terakhir, kami mengunjungi pusat karoke dan bermain Ps2...walaupun suara tak sedap,tapi saya dapat mengalahkan suara penyanyi antarabangsa tau!!(gurau jer!! hehe..).sebelum kami pulang ke Kelantan, kami sempat membeli cenderamata buat kenang-kenangan..sampai di sini sahaja coretan saya..jumpa lagi!!

Tuesday, February 2, 2010

Kem SLAD Kebangsaan


Assalamualaikum..

berjumpa lagi kita dalam cacatan blog yang baru.Hmm,hari ini, saya ingin berkongsi satu kenangan yang tidak dapat saya lupakan.peristiwa ini ketika saya berada dalam tingkatan empat. walaubagaimanapun,peristiwa tersebut masih segar dalam ingatan saya..pada tahun lepas, saya telah terpilih untuk mewakili negeri kelantan dalam satu kem,iaitu jambori SLAD peringkat kebangsaan di melaka!pada hari pertama, saya dan 23 lagi kontijen menaiki bas dari kota bharu ke melaka.pada hari itu,saya dan rakan sekontijen tidak bertegur sapa..biasalah,masa awal perkenalan semua orang malu-malu untuk memulakan bicara.setelah sampai ke destinasi,kami terkejut kerana kami merupakan kontijen yang terakhir yang tiba di melaka..malu tuhan sahaja yang tahu!!pada malam itu,kami telah menjalani satu sesi yang dikenali sebagai sesi perkenalan.kami telah menari,bersembang dan bermesra antara satu sama lain!!bukan hanya dalam kalangan kontijen kami sahaja tetapi seluruh negeri di Malaysia.setelah itu,kami telah diagihkan kepada 18 kumpulan. Setiap kumpulan perlu mempunyai satu wakil dalam setiap negeri.saya pula berada dalam kumpulan 18.saya bernasib baik,walaupun berada dalam kumpulan tercorot,tetapi ia hanya sekadar nombor.semua ahli dalam kumpulan saya memang sempoi dan saya suka berkawan dengan mereka..antara aktiviti yang dilakukan di sana ialah membuat logo,pertandingan kawad,pertandingan memasak,pertandingan membuat gajet,dan yang paling seronok sekali ialah meronda-ronda di sekitar melaka yang merupakan bandar bersejarah di Malaysia.semasa dalam kumpulan,kami mempunyai sikap toleransi yang baik dan ada sikap bekerjasama!mereka semua memang baik!!sekarang saya masih rindukan mereka.setelah 3 hari 2malam di sana, kami ingin bertolak pulang ke kelantan..suasana pada masa itu memang berbeza dari sebelumnya.kami telah saling bermesra dan menukar alamat..kalau rakan-rakan ingin tahu, hubungan kami bukan hanya setakat di jambori, tetapi sekarang masih lagi berhubung dan salah seorang dari kumpulan kami membuat perancangan untuk mengadakan hari perjumpaan.pada mulanya jadi,tapi,akibat daripada hujan lebat dan banjir, segala perancangan terpaksa dibatalkan..memang ada rasa sedih, tapi nak buat macam mana?terpaksalah tunggu tahun depan iaitu pada tahun 2010..kalau saya, saya nak buat perjumpaan dengan mereka selepas SPM nanti!! baru puas..kan!saya harap impian saya tercapai..Amin.

Monday, February 1, 2010

Siapa Diri Ini?




Namaku Nur Fatin Najwa Bt Muhd Rosli.mungkin ramai yang tidak mengenali aku kerana aku bukannya selebriti a.k.a(Siti Nurhaliza,Stacy) mahupun ahli korporat seperti Tun Dr Mahathir Mohamad.aku merupakan insan biasa yang bergelar pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan Tumpat,Kelantan.Aku berusia 17 tahun.Sekarang aku menuntut di tingkatan 5 sains 1 dan tidak lama lagi, aku akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Mesti rakan-rakan ingin tahu lagi tentang biodata diri sayakan!baiklah,hobi saya,hmm.jangan terkejut,saya suka menari,makan,melayari internet,dan berimaginasi.Ha!,rakan-rakan nak tahu tak,apa yang saya buat dengan imaginasi saya!kalau pasal tu, saya akan kemukakan kembali ke dalam catatan blog saya yang lain!bukannya apa,imaginasi saya banyak..saya tidak boleh menceritakannya buat masa ini.kita sambung balik tentang agenda kita.nak cakap apa ya!Ha, cita-cita saya ingin menjadi pengusaha restoran yang terkemuka,bukan sahaja di Malaysia,malah saya ingin melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa.(insyaAllah) sama-samalah kita mendoakannya ya!
Ya Allah! nasib baik ingat, warna kegemaran saya ialah ungu.saya suka dengan warna ungu kerana warna ungu amat menyenangkan jiwa saya..makanan kegemaran saya pula adalah nasi ikan siakap nam prek pau dan nasi tomyam,kalau bab minuman pula, saya suka air tea o ais!Oklah, saya perlu bergegas ke sekolah pula, sebab saya perlu menghadiri latihan rumah sukan.rumah sukan saya adalah warna biru.Hidup Biru!

Sisipan Dariku

Sisipan Dariku
inilah Fish Killed yang telah mencurahkan air sebanyak 1 tan dari mulutnya ke atas kami..Sakit!!

kalau boleh,saya nak naik benda ni jugak!!