? ??????????????Dark Tree? ????? ?? ???Rating: 4.3 (23 Ratings)??1439 Grabs Today. 25523 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Future Stars Will Be Dim? ????? ?? ???Rating: 4.8 (8 Ratings)??1389 Grabs Today. 9616 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, April 7, 2010

Rumah Terbuka Perdana Menteri

1Malaysia terserlah pada rumah terbuka PM dan kabinet l 21 Sept 2009

Daripada menu hinggalah pengunjung pelbagai kaum, semangat 1Malaysia terserlah di kalangan rakyat Malaysia dan pelancong asing pada majlis rumah terbuka anjuran Datuk Seri Najib Tun Razak buat pertama kalinya sebagai perdana menteri.

Ribuan orang berpusu-pusu ke Sri Perdana, kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya, untuk mengunjungi rumah terbuka itu yang bermula 11 pagi.

Najib, yang lengkap berpakaian baju Melayu merah jambu dan isteri beliau Datin Rosmah Mansor serta para menteri Kabinet beramah-mesra dengan para tetamu dan pengunjung.

Para duta dan diplomat asing serta tokoh korporat termasuk adik Najib, Datuk Seri Nazir yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, turut hadir memeriahkan majlis rumah terbuka itu.

Pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dijamu dengan pelbagai juadah termasuk makanan kegemaran ramai seperti satay selain ketupat, lemang, thosai dengan kari dhal dan kuetiau goreng.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan konsert artis tempatan.

Terdahulu, Perdana Menteri dan Rosmah menghadiri santapan pagi bersama-sama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah di Istana Negara sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara.

Selepas solat, Najib, Rosmah dan anak perempuan mereka turut menziarahi makam ayahanda beliau di Makam Pahlawan yang terletak dalam kawasan Masjid Negara.

Bercakap kepada pemberita, Perdana Menteri melahirkan kegembiraannya melihat ramai yang datang mengunjungi rumah terbuka itu walaupun diadakan di Putrajaya, dan hadirin terdiri daripada kelompok masyarakat yang berbeza agama, kaum dan latar belakang.

“Saya mengadakan rumah terbuka kali ini di Sri Perdana kerana ia adalah rumah rakyat, dan pada hari ini bagi yang berkunjung ke sini dapat berkenalan dengan ahli kabinet lain, selain dapat bersalaman dengan saya,” katanya.

Najib menyifatkan rumah terbuka sebagai tradisi ulung bagi mengeratkan perpaduan dan mewujudkan keharmonian di kalangan rakyat jelata.

“Konsep rumah terbuka adalah intipati konsep 1Malaysia, dan apabila mengadakan majlis rumah terbuka, minda kita terbuka dan menjadi lebih luas, dan secara ikhlas hati kita terbuka untuk menjemput sesiapa yang mengunjungi kediaman kita, tidak kira bangsa dan agama”, kata beliau.


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut hadir di Sri Perdana berkata rumah terbuka adalah satu tradisi mulia yang harus dipraktikkan oleh masyarakat Malaysia kerana ia adalah satu amalan yang dapat menyatupadukan rakyat berbilang kaum.



Sumber : Utusan Malaysia

Lagu 1 Malaysia

Gunalah Pengangkutan Awam

KUALA LUMPUR 31 Mac - Kerajaan hari ini melahirkan komitmennya untuk menyediakan sistem pengangkutan awam yang mampu memenuhi keperluan rakyat dalam usaha menjadikannya sebagai pilihan utama masyarakat khususnya penduduk ibu kota.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pada masa sama pihak kerajaan juga akan berusaha mengubah cara pemikiran rakyat serta persepsi bahawa pengangkutan awam hanya untuk golongan berpendapatan rendah atau golongan bawahan.Beliau yakin dengan tumpuan yang diberikan kepada dua perkara tersebut, ia mampu membantu kerajaan mencapai sasaran jumlah pengguna pengangkutan awam daripada 16 peratus ketika ini kepada 25 peratus menjelang 2012."Hakikatnya usaha ke arah menjayakan peningkatan penggunaan pengangkutan awam ini menuntut anjakan minda secara ketara di kalangan pengguna. Paling utama keperluan mengubah persepsi bahawa pengangkutan awam hanya untuk golongan berpendapatan rendah."Saya kadang-kadang tersenyum sendiri mengenangkan ada pihak yang tidak bermasalah untuk menggunakan pengangkutan awam bila berada di luar negara tetapi apabila berada di negara sendiri tidak sanggup menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) atau bas kerana menganggap ia kurang glamor,'' katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Tren4-Gerabak 1Malaysia RapidKL untuk laluan Kelana Jaya di Depot Rapid KL di sini hari ini.Turut hadir Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, Pengerusi Prasarana Negara Berhad, Tan Sri Izzuddin Dali dan Pengarah Urusan, Kumpulan Prasarana Negara Berhad, Datuk Idrose Mohamed.Najib berkata, antara kaedah berkesan untuk mengubah persepsi tersebut adalah melalui kenyataan serta sebaran umum secara berkala supaya rakyat sedar bahawa pengangkutan awam adalah pilihan terbaik.Sehubungan itu, kata beliau, kerajaan akan memberi fokus kepada empat bidang utama di dalam sektor pengangkutan awam di negara ini agar kepercayaan masyarakat terhadap kemudahan tersebut meningkat."Pertama, meningkatkan kebolehpercayaan dengan memberi fokus kepada ketepatan masa; kedua, meningkatkan kualiti perjalanan pengangkutan awam; ketiga, memastikan rakyat mendapat akses mudah pengangkutan awam.''Keempat, menyediakan kapasiti pengangkutan mencukupi bagi memenuhi keperluan penumpang sedia ada dan penumpang baru,'' katanya.Dalam sidang akhbar kemudiannya, beliau berkata, pertimbangan untuk membina atau memanjangkan laluan perkhidmatan LRT baru adalah mengikut keutamaan.Beliau berkata, kerajaan tidak mampu melakukan pembinaan laluan LRT di semua tempat secara serentak walaupun ada permintaan kerana setiap laluan baru membabitkan kos yang tinggi."Oleh itu, kita kena pilih kawasan mana yang perlu didahulukan. Tapi kita boleh pertimbangkan,'' katanya.Ditanya sama ada kerajaan bercadang memulihkan semula projek LRT di Putrajaya, Najib berkata: "Kita tengok dahulu. Belum ada keputusan.''Berhubung rungutan orang ramai bahawa perkhidmatan bas RapidKL tidak memuaskan terutama daripada segi ketepatan masa, Najib berkata, perkhidmatan ini akan terus dipertingkatkan dengan penambahan sebanyak 450 buah bas lagi.''Banyak lagi bas telah ditempah dan akan diperoleh secara berperingkat dan ini akan dilaksanakan demi kepuasan pengguna," katanya.Terdahulu, Najib diiringi Tee Keat menaiki LRT dari stesen LRT Bangsar ke depot berkenaan pada pukul 3.25 petang dan sampai kira-kira 20 minit kemudian.''Saya telah sampai dengan selamat dan merasai satu pengalaman manis,'' katanya dalam ucapan pelancaran.Ketika dalam tren, Perdana Menteri turut meninjau segala kemudahan dan ciri-ciri keselamatan yang terdapat dalam tren itu.Tren4-Gerabak 1Malaysia RapidKL ini adalah versi terbaru tanpa pemandu Bombardier Transportation Advance Rapid Transit Mark II yang direka di Kanada dan dipasang di Mexico serta sebahagiannya di Malaysia.Selain gerabak berganda, ciri-ciri tambahan yang terdapat pada gerabak ini adalah ruang khas untuk penumpang berkerusi roda yang dilengkapi tali pinggang keselamatan.Terdapat juga lampu amaran di pintu untuk golongan kurang upaya pendengaran serta tingkap kecemasan.Tren tersebut juga adalah mesra bagi pengguna kurang upaya.Tren LRT 1Malaysia ini adalah interpretasi Kumpulan Prasarana dalam merealisasi sokongan terhadap gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri.Ia turut memaparkan ilustrasi petugas RapidKL daripada pelbagai peringkat dan kaum
SUMBER: utusan Malaysia

Friday, April 2, 2010

Bagaimana Hendak Memikat Guru?

1. Perkara yang paling penting untuk anda amalkan mulai hari ini ialah, apabila guru anda mula mengajar, berhenti daripada melakukan perkara lain. Bila saya kata berhenti, maksudnya berhenti semua sekali aktiviti yang boleh mengganggu konsentrasi anda semasa belajar. Berhenti daripada mencari pen atau pensil, berhenti mencari buku, berhenti mengalihkan kedudukan meja, berhenti bercakap dengan kawan di sebelah, berhenti membetulkan kedudukan rambut anda, berhenti makan gula-gula dan sebagainya. Pendek kata, 100% perhatian anda mesti diberikan kepada guru anda.

Kesan utama amalan ini ialah anda tidak akan terlepas apa-apa penerangan daripada guru anda. Selalunya, 5 hingga 10 minit pertama dalam sesi pembelajaran adalah yang paling penting. Ini kerana, jika anda terlepas penerangan awal, anda akan terus tidak faham hingga ke akhirnya. Sama seperti apabila anda menonton tayangan gambar, apa akan jadi jika anda terlepas permulaan cerita itu? Adakah anda akan faham cerita itu?

2. Memberikan tumpuan tidak bermakna anda hanya duduk diam tidak bersuara. Anda boleh bertanya jika anda kurang faham. Angkat tangan dan tanya dengan sopan tentang apa yanganda tidak faham. Seorang guru yang baik akan menjawab soalan anda dengan sopan juga dan bantu anda untuk memahami apa yang sedang diajarkan.

3. Beri tumpuan dengan cara duduk yang betul. Bayangkan bagaimana cara seorang yang malas duduk belajar. Tentu dia kelihatan tidak selesa bergerak ke sana ke sini dan menyandar di kerusi seperti sedang letih dan mengantuk bukan? Jika guru melihat anda duduk dengan cara ini semasa belajar, guru akan rasa ada tidak berminat dan tidak menumpukan perhatian kepada apa yang diajarkan. Jadi, jangan duduk begini. Bayangkan cara duduk seorang pelajar cemerlang. Mereka selalu duduk dengan selesa, tegak dan tubuh mereka ke depan sedikit (tidak menyandar). Bayangkan.

Hanya dengan mengubah cara anda duduk sebenarnya sudah boleh memikat hati guru anda kerana anda kelihatan benar-benar mahu belajar. Adapelajar yang bertanya saya mengapa guru tidak suka mengajar pelajar yang tidak pandai? Sebabnya bukan kerana pelajar itu susuah diajar tetapi ada kemungkinan pelajar itu tidak menunjukkan rasa minat dan tidak menunjukkan yang dia menumpukan perhatian kepada apa yang diajarkan. Selamat mencuba.

sumber: osman affan

Sisipan Dariku

Sisipan Dariku
inilah Fish Killed yang telah mencurahkan air sebanyak 1 tan dari mulutnya ke atas kami..Sakit!!

kalau boleh,saya nak naik benda ni jugak!!